Ahad, 8 Januari 2012

USANA HEALTH

Kita telah mengetahui untuk sihat jangkamasa panjang, kita perlu mengambil penokok zat asas yang lengkap. Pengambilan penokok zat dalam banyak kes adalah melebihi had RDA. Jadi bagaimana cara kita mendapatkan pengambilan penokok zat yang sempurna? Bagaimana anda mendapat 400i.u vitamin E setiap hari, di mana ianya telah dibuktikan sangat penting untuk kesihatan kardiovaskular (jantung) dan penglihatan.

Baiklah, anda boleh mendapatkannya dari diet dangan memakan 1.5 pound (0.68kg) biji bunga matahari setiap hari atau minum 1 botol penuh minyak bunga matahari, atau menghabiskan 33 pound (15kg) bayam setiap hari atau anda boleh mendapatkannya dari usana essentials. Dan bagaimana anda mendapatkan 1500mg kalsium dan 400-600 i.u vitamin D dan magnesium untuk kesihatan tulang yang kuat. Baiklah, anda boleh mendapatkannya dari diet dengan meminum susu setiap hari atau dengan memakan 3 tin sardin atau 11 pound keju setiap hari, atau mungkin anda lebih suka 18 pound (8.2kg) oren atau 1 pound (0.45kg) oatmeal, atau 10 pound (4.5kg) kobis setiap hari. Atau anda boleh mendapatkannya dari diet yang berpatutan ditambah dengan penokok zat Usana.

Pokok pangkalnya ialah diet yang seimbang adalah amat penting untuk kesihatan yang baik. Tetapi kajian terkini mendapati, dalam banyak kes, diet sahaja tidak mencukupi. Kebanyakkan dari kita tidak mendapat cukup vitamin, garam galian dan antioksida dari makanan sahaja. Oleh itu penokok zat amat diperlukan. Kunci kepada kesihatan yang baik ialah makan makanan seimbang dan ambil penokok zat berkualiti tinggi iaitu produk yang dicipta untuk melengkapkan diet anda dan membekalkan secara lengkap asas vitamin, garam galian dan antioksida yang diperlukan setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan